Saya tak suka awak buat keputusan besar masa masih keliru.
Sebab tu saya buat website ini.
Bagi saya, keputusan macam perlindungan keluarga, pusaka, pelaburan, atau apa-apa hal besar yang melibatkan duit dan keluarga tak patut dibuat tergesa-gesa. Lagi-lagi bila keputusan tu boleh memberi kesan jangka panjang kepada kehidupan dan kewangan awak sekeluarga.
Kalau awak jumpa website ni, ada kemungkinan awak tengah fikir perkara ni.
Dan mungkin awak cuma nak faham betul-betul dulu sebelum buat apa-apa keputusan.
Ramai orang sebenarnya bukan tak mahu merancang.
Masalahnya, ramai buat keputusan semasa mereka masih keliru. Kadang-kadang sebab terlalu banyak pilihan. Kadang-kadang sebab setiap orang cakap benda berbeza. Kadang-kadang sebab malas nak fikir benda yang macam complicated.
Akhirnya, ramai ambil jalan paling senang.
Tangguh.
Ikut orang.
Atau terus sign tanpa betul-betul faham situasi diri sendiri.
Saya buat platform ni sebab saya percaya orang macam awak patut diberi ruang dan peluang untuk faham dulu. Bila dah jelas, barulah keputusan yang awak nak buat tu akan rasa lebih yakin.
Cara saya mudah je.
Saya lebih suka orang faham dulu sebelum ambil apa-apa keputusan.
Saya bukan jenis yang pressure orang buat keputusan cepat-cepat. Kalau benda tu sesuai, saya akan explain kenapa dia sesuai. Kalau tak sesuai, saya akan cakap terus terang.
Bagi saya, bukan semua orang perlukan benda yang sama. Sebab tu saya lebih suka tengok situasi awak dulu.
Komitmen awak macam mana?
Tanggungan awak macam mana?
Keutamaan hidup awak macam mana?
Kadang-kadang awak cuma perlukan penerangan yang lebih jelas.
Kadang-kadang awak memang perlukan tindakan.
Dua-dua itu okay.
Kalau awak suka approach yang lebih tenang, lebih jelas, dan tak terlalu pushy, mungkin kita serasi.
Biasanya, yang jumpa saya tengah fikir benda-benda macam ni.
perlindungan keluarga dan komitmen bulanan.
hibah takaful atau hal pusaka.
pilihan pelaburan jangka panjang.
pembelian rumah atau keputusan kewangan besar lain.
atau sekadar nak dapatkan penjelasan dulu sebelum buat keputusan.
Kebiasaannya, orang cuma nak dapatkan penjelasan yang lebih baik mengikut situasi hidup dia dulu.
Bukan terus kena push untuk buat keputusan.
Sedikit info pasal diri saya.
Saya lebih selesa bercakap terus terang dan simple.
Bagi saya, benda yang berat tak semestinya kena explain dengan cara yang rumit.
Saya bina website ni sebagai base utama saya sebab saya lebih suka orang datang baca dulu, faham dulu, dan nilai dulu.
Kalau awak jenis yang suka fikir betul-betul sebelum buat keputusan, saya rasa cara saya ni mungkin lebih serasi dengan awak.
Kadang-kadang perbualan ringkas dah cukup untuk bagi lebih jelas.
Kalau awak lebih selesa bercakap dengan orang yang explain dulu sebelum cadang apa-apa, klik butang di bawah.
Kalau awak datang ke sini untuk tengok latar belakang profesional saya dengan lebih detail, klik sini.