Takaful Keluarga
Hibah takaful
Manfaat hilang upaya
Manfaat penyakit kritikal
Perlindungan pinjaman rumah MLTT
Peruntukan tebus faraid
Peruntukan tebus pusaka
Simpanan pendidikan
Kad perubatan
Apa akan terjadi kepada kewangan keluarga anda jika punca pendapatan utama tiba-tiba hilang?
Cuba awak bayangkan.
Bulan ni semua nampak okay. Gaji dah masuk. Segala bil dah bayar. Anak pergi sekolah macam biasa. Hidup awak sekeluarga mungkin tak mewah, tapi masih mampu untuk bayar dan beli apa-apa yang diperlukan.
Lepas tu tiba-tiba jadi something..
Tak semestinya benda yang sangat teruk. Mungkin awak sakit. Mungkin badan awak dah tak larat untuk kerja macam biasa. Mungkin awak terpaksa berhenti kerja sekejap. Mungkin ada sesuatu yang buat pendapatan utama dalam rumah tu terus terganggu.
Soalan yang mungkin ramai orang tak terfikir..
Kalau pendapatan utama dalam keluarga awak tiba-tiba hilang, awak sekeluarga masih boleh survive ke?
Sebab bila benda macam ni jadi, yang terkesan dulu bukan setakat emosi je. Duit pun terus rasa tak cukup. Dan selalunya benda ni jadi lagi cepat daripada apa yang awak sangka.
Bila hilang pendapatan, apa benda yang biasanya kita akan rasa pressure dulu?
Ramai orang ingat masalah macam ni mungkin takkan terjadi kepada dia. Sebenarnya, dia boleh jadi kepada sesiapapun secara tiba-tiba.
Loan rumah masih kena bayar atau sewa rumah tetap jalan macam biasa. Bil elektrik, air, internet, telefon, semua tu masih kena bayar. Belanja untuk barang dapur nak kena standby. Anak-anak masih perlukan duit sekolah, susu, lampin, transport, taska, kelas tambahan, atau apa-apa je aktiviti seharian yang memerlukan duit.
Hutang pun tak stop even kita tengah susah.
Loan kereta masih ada. Loan kad kredit pun ada. Personal loan pun ada lagi. Kalau awak ada parents yang masih bergantung kepada awak, tanggungjawab tu tetap ada.
Masa tu baru lah ramai yang nampak apa beza antara “hidup masih berjalan” dengan “hidup masih selamat”.
Nampak macam sama, tapi sebenarnya jauh beza dia.
Sebab ada keluarga yang nampak tenang dari luar, hidup masih berjalan macam biasa, tapi kalau punca pendapatan hilang, terus hidup diorang jadi kelam-kabut.
Tu yang ramai tak sempat bersedia.
“Tak apa, aku ada saving”
Memang betul. Saving tu penting.
Cuma saya nak awak jujur. Saving awak tu betul-betul cukup ke untuk cover masalah ni?
Cuba kira betul-betul.
Kalau komitmen asas keluarga awak sekarang RM4,000 sebulan, saving RM24,000 bagi awak survive dalam 6 bulan je. Tu pun kalau takde emergency lain atau kena bayar apa-apa kos rawatan yang datang tiba-tiba. Kiranya dapat survive 6 bulan ni based on best case scenario la.
Masalahnya, hidup kita ni tak menentu.
Ada kemungkinan awak akan kena keluar duit lebih untuk bayar something yang unexpected. Contohnya macam..
Kos rawatan kat klinik sebab anak tiba-tiba sakit.
Kereta atau motor tiba-tiba rosak.
Anak-anak perlu duit extra untuk sekolah.
Terlupa ada komitmen lain yang tak bayar lagi.
Benda-benda macam ni, walaupun nilai dia kecik-kecik tapi bila bercampur semua, tetap rasa nilai dia besar.
Jadi isu sebenar bukan setakat ada saving ke tak.
Isu sebenar dia, berapa lama keluarga awak boleh bertahan kalau pendapatan utama tu hilang?
Dan ramai orang perasan, bila dia kira betul-betul, jawapannya tak seindah yang disangkakan.
Masalah macam ni bukan boleh jadi bila ada kematian je. Ni yang biasanya orang salah faham. Bila cerita pasal perlindungan keluarga je, terus bayangkan satu situasi je (kematian). Padahal dalam kehidupan sebenar, banyak lagi keadaan lain yang boleh buat pendapatan utama tu hilang.
Mungkin kita masih ada di depan mata keluarga kita, tapi bila dah tak mampu bekerja macam biasa, tu yang lagi susah.
Sebab dari segi emosi, keluarga kita mungkin boleh cuba kuatkan semangat.
Tapi dari segi kewangan, pressure tu akan start jadi beban yang paling berat perlahan-lahan.
Bila jadi macam tu, pasangan kita mungkin mula terfikir untuk buat something yang tak pernah buat pun sebelum ni.
Perlu ke guna duit saving pendidikan anak-anak?
Perlu ke tangguh bayar bil itu ini?
Perlu ke kurangkan keperluan belanja rumah?
Perlu ke jual aset yang ada?
Perlu ke pinjam duit orang lain?
Percayalah, ramai orang bukannya tak pandai merancang.
Diorang cuma tak pernah tanya diri sendiri betul-betul, “Kalau benda ini jadi kat aku, family aku boleh survive ke?”
Kat sinilah datangnya keperluan untuk ada pelan perlindungan keluarga ni
Saya tak cakap semua orang perlukan pelan yang sama.
Tapi saya memang percaya satu benda. Bila seseorang tu ada tanggungan, dia sepatutnya tahu apa gap yang ada dalam kewangan keluarga dia.
Sebab perlindungan keluarga ni bukan nak takut-takutkan awak, tapi nak bagi keluarga awak peluang dan ruang..
Ruang untuk pasangan tak rasa kelam kabut.
Ruang untuk anak-anak tak terus rasa perubahan mendadak.
Ruang untuk rumah tangga tak terus goyah bila punca pendapatan utama hilang.
Ruang untuk keluarga awak menyesuaikan diri tanpa terus kena pressure dari segi kewangan.
Sebab tu ada orang check pasal hibah takaful.
Ada jugak yang check pasal manfaat hilang upaya.
Ada yang check pasal perlindungan penyakit kritikal.
Ada yang check pelan untuk cover komitmen besar macam pinjaman rumah.
Bukan sebab diorang ni takut sangat ke apa.
Tapi sebab diorang tahu, bila hidup masih okay, maknanya masih ada pilihan. Bila hidup dah start terganggu, pilihan tu jadi limited.
Dan bila pilihan tu limited, rasa pressure tu lagi kuat.
Siapa yang patut ambil serius benda ini?
Kalau awak masih bujang dan belum ada sesiapa bergantung sepenuhnya kepada awak, keadaan awak mungkin berbeza.
Tapi kalau awak sudah berkahwin, dah ada anak, dah ada rumah, ada hutang, atau ada ibu bapa yang masih perlukan bantuan awak untuk kehidupan seharian, saya rasa topik ni memang patut masuk dalam top list benda yang awak kena check betul-betul.
Especially kalau keluarga awak banyak bergantung pada satu pendapatan utama je.
Sebab kalau jadi apa-apa, dia memang akan boleh effect kehidupan keluarga awak tiba-tiba macam tu je.
Tugas saya, dah selesai. Saya dah inform awak dulu apa kemungkinan yang boleh terjadi dalam kehidupan kita ni sebenarnya. Saya tak tunggu awak sedar sendiri bila benda dah terlambat dan awak sekeluarga dah start rasa pressure.
Bila masa paling sesuai untuk check pasal perlindungan keluarga ni?
Bukan bila semuanya dah kelam kabut.
Bukan bila komitmen dah tertunggak.
Bukan bila pasangan dah mula panik dan stress.
Masa yang paling baik ialah masa hidup kita masih nampak okay dan terkawal.
Masa masih sihat.
Masa masih bekerja.
Masa masih boleh buat keputusan dengan fikiran yang tenang.
Sebab bila awak check awal benda ni, awak masih ada ruang untuk buat pilihan.
Tapi bila awak tangguh terlalu lama, mungkin pilihan tu dah tak banyak atau takde pilihan langsung.
Saya tak mintak awak untuk terus buat keputusan besar hari ni.
Saya rasa, dah cukup baik kalau awak mula jawab dengan jujur untuk soalan-soalan ni.
1. Kalau pendapatan awak hilang selama 6 bulan, keluarga awak masih boleh survive tak?
2. Kalau awak tak dapat bekerja seperti biasa, siapa akan tanggung komitmen paling besar dalam keluarga awak?
3. Pasangan awak tahu tak situasi kewangan semasa keluarga?
4. Saving yang ada tu betul-betul cukup ke? atau nampak macam okay sebab belum jadi apa-apa lagi?
5. Kalau jadi something, keluarga awak ada masa untuk bertenang tak? atau terus kena fikir pasal duit?
Kadang-kadang soalan yang simple tulah yang paling membuka mata.
Kesimpulan
Kalau pendapatan utama dalam keluarga awak tiba-tiba hilang, effect dia memang besar. Bukan sebab plan awak lemah. Tapi sebab komitmen hidup tetap jalan macam biasa, tak kira kita tengah susah atau senang.
Sebab tu lah perancangan untuk keluarga bukan setakat kena kumpul duit saving. Tapi kena plan jugak kalau jadi apa-apa, keluarga awak masih ada ruang untuk bernafas, untuk bertahan, untuk menyesuaikan diri, dan teruskan hidup dengan lebih teratur.
Kalau masa baca penulisan saya ni awak rasa macam topik ni relate dengan hidup awak, mungkin tu bukan kebetulan.
Mungkin memang dah sampai masa untuk awak check betul-betul benda ni sekarang.
Kalau awak nak saya check secara simple kedudukan kewangan keluarga awak dan lihat perlindungan apa yang mungkin relevan, klik butang di bawah untuk WhatsApp saya terus. Saya boleh tolong tengok berdasarkan komitmen dan keperluan awak.